19 February 2013

Maulidur Rasul 1434H/ 2013M



Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Oleh yang demikian, seharusnya program Maulidurrasul ini dilaksanakan bagi mengingati Nabi Muhammad SAW di samping mengimarahkan kembali kesenian Islam yang banyak memberi nilai kebaikan kepada kita semua.
OBJEKTIF PROGRAM
  Menyemarakkan semangat cintakan Rasulullah dalam jiwa masyarakat
  Mewujudkan nilai perpaduan yang utuh dalam semua kaum
Memajukan keindahan kesenian Islam

PROGRAM

  Ceramah Umum
  Pertandingan Nasyid
  Pertandingan Tulisan Khat
  Pertandingan Azan
  Pertandingan Tilawah Al-Quran
  Pertandingan Hafazan
 

Foto 












 
 

No comments:

Post a Comment